Mohd Nor Farhan Muhammad

Mohd Nor Farhan bin Muhammad (lahir 19 Disember 1984) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang kini bermain bersama Kelantan di Liga Super Malaysia.Sebelum ini, Farhan bermain untuk PDRM, T-Team dan Terengganu. Bersama Terengganu, Farhan muncul sebagai penjaring gol terbanyak dalam Piala Malaysia.Pada 2006, Farhan membuat penampilan sulung bersama pasukan kebangsaan dalam perlawanan menentang Singapura pada 31 Mei 2006. Dia juga terpilih untuk mewakili pasukan bawah 23 tahun Malaysia ke Sukan Asia 2006. Pada perlawanan pertama menentang Oman, Farhan menjaringkan gol sendiri.Pada tahun 2007, Farhan diberi peluang untuk mewakili Malaysia ke Piala Asia 2007. Dia hanya bermain sebagai pemain gantian dalam dua penampilan. Selepas Piala Asia, dia membantu Malaysia menjuarai Pestabola Merdeka 2007.